LIKE

Saturday, February 2, 2013

DIKIR BARAT MANDARIN 2013

HAVE FUN 



Banner for KBM1113A /B




KBM1113A

Assalammualikum dan selamat pagi . jam pon sudah menunjukkan pukul 1.01 am . dengan keadaan yang kurang sihat , gagah jugak sikit nak mengupdated blog ini . Ini adalah post yang pertama sejak masuk tahun baru 2013 ini.

Hari ini berasa nk cerita sikit pasal Dikir Barat Mandarin . Untuk sem ni kita ada ambil Subjek Mandarin . Sebenarnya boleh pilih nak ambil mandarin ataupon arab , setelah berbincang dengan mak , akhirnya ambil mandarin .Seriusly , Mandarin je monopoly assignment sem ni. Sem ni memang sibuk sangat -sangat . tak taulah nak kata macam mana , masuk kali ini dah dua kali demam.
                                     
Okeylah bersambung kat Dikir Barat tadi , pada 30 /1 .2013 telah berlangsung pertandingan dikir barat . Macam macam masalah timbul sepanjang Latihan Dikir Barat tersebut . Tapi Kami tetap teruskan walaupon dalam keadaan stress.  Kelas saya Kbm1113A telah bergabung dengan Kbm1113B . kitaorang banyak berkerjasama sepanjang latihan tersebut. Kitaorang Reka tarian , Lagu , Baju sendiri , Multimedia sendiri dan banner sendiri . 



Inilah Baju Yang Kami semua pakai


                                    With Fatin and Aimi dekat C6

Sebenarnya kami semua agak risau sebab waktu rehearsal kami punya tarian dan musik agak berterabur , Fahmi tak berapa boleh lagi nak main gendang ibu .Semua pakat cuak dan mula cari jalan penyelesaian . sebenarnya , saya agak kesian kat fahmi sebab terpaksa main gendang ibu. mesti stress sebab susah kot nak main gendang ibu . Mukanya nampak sangat cuak dan stress walaupon dia tak cakap. setiap kali musik lari dengan tarian , dia mesti jadi cuak. walaubagaimapon , dia dah cuba yang terbaik . pada malam pertandingan , dia main dengan baik sekali . Hen Hao . Terima kasih kerana sudi main gendang ibu . 



                                             Pak cik , Riz dan Fahmi


      Saya dan Fahmi  Firdaus yang sangat pemalu orangnya


Saya dan Meon  yang banyak menghiburkan awak - awak sepanjang latihan..

Perkara menarik yang saya rasa berlaku semasa dikir barat tersebut ialah sewaktu farid pemain keyboard bangun dan melompat dan mengetuk keyboard . hahaha..serius kelakar . habis melangkah orang . Mesti farid sangat stress waktu tuh , Tak pe farid buat je apa yang kamu nak. farid hen hao !! haha..selain itu , rasanya sewaktu daniel fizie naik atas pentas bagi bunga kat sherley . waktu tuh dapatlah dengar sikit sorokan daripada penonton . bila tengok balik video , wow romantik . Thanks Daniel sudi memeriahkan persembahan kami.

apapon yang berlaku malam tuh , tarian berserabut ke , muzik tak masuk ke , tarian pelik ke . seriously , saya tak kisah . Kitaorang dah cuba yang terbaik dan semua pemain muzik , awak -awak  , tukang karot , supporter , pereka tarian , pengurus pakaian dah lakukan tugas masing masing dengan baik sekali.Alhamdulillah kami menang Pakaian Terbaik . Thanks Timie n Farah sebab banyak meluangkan masa dengan pakaian .Kami tak kisah pon menang ke tak , kami cuma mahu have fun yooo..heheh.. dikir barat jugak sebenarnya banyak merapatkan hubungan kami semua . ada yang tak pernah bercakap antara satu sama lain  tiba2 bercakap .pengalaman dikir barat banyak mengubah kami semua. Thank you dikir barat . Insyallah kami kbm1113A / 3B akan kembali dengan persembahan yang lebih menarik sekali sem hadapan . insyallah . 


                                                         
                    Azim Arabiah datang menyokong .Thanks azim


With Husna . Gelak bersama , penat bersama , ketawa bersama sepanjang Latihan .  Kita duk sebelah lagi nah Teater musical sem depan :)