LIKE

Myspace text generator

Sunday, March 24, 2013

ME LOVE YOU ALL


                                     FRIENDSHIP

Assalammualaikum dan selamat malam semua. Hari ni hari minggu study week  , orang semua pakat study tapi kita berblog , bukannya apa nk habiskan masa je sebab tak boleh tidor . ehem ehem ehem ... ok Bila difikir balik sepanjang bertahun tahun berblog blog ni tak pernah sekali pon kami cerita pasal kawan baik kami kan..berasa mcm teruk sangat je kita  ni..hmmmmm..*goyang kepala* baiklah , tajuk hari ni berkisahkan tentang kawan baik saya dari dulu hingga sekarang .

Rasanya sehingga hari ni , saya ada 4 kawan baik . bila teringat balik mcm mana kitaorang berjumpa , kenangan bersama , cannot stop laughing . they are tottaly kind . me love them so much . cuma kadang2 tu ada la sometime menyakitkan hati .. hewhew ...tapi manusia tak sempurna kan , semua pernah buat kesilapan . kadang kadang daripada kesilapan tulah kita boleh dapat pengajaran . saya mengaku saya pon bukanlah baik sangat , saya juga manusia biasa yang tak sempurna . tapi yang saya tahu  me love them so much . 


baiklah kita bermula dengan si cantik yang pertama. inilah dia jeng jeng jeng jeng




HANI AFIQAH BINTI ABDUL RAZAK


Berumur 20 tahun , nama gelaran yang saya panggil Honey . Hani sekarang belajar di Kolej universiti islam antarabangsa dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. hani sebenarnya memang minat sangat dengan budak-budak sebab tulah dia sambung belajar dalam bidang tu . rasanya kali pertama saya jumpa hani pon waku kami budak budak lagi..orang kata apa berhingus lagi ha..haha..waktu tu kami berdua umur 6 tahun. masih tadika lagi dong . alhamdulillah dah 14 tahun dan kami masih berkawan. syukur sangat sangat





                                        HASNI BINTI HANAFI 

Seterusnya , hmmmmmmmm...Her name is Hasni Binti Hanafi . kami panggil dia Sni . senang sikit..huhu..sekarang dia belajar di KPTM Kuala Lumpur dalam Sains Komputer. First time kami jumpa waktu tu di sekolah rendah . Kelas sekali kot , dah lupa. kami rapat jugaklah waktu tuh . then dia kena pindah PERLIS .  bila dia balik semula kat sini kami dah tak berapa rapat . maklumlah kelas pon dah lain lain . then kami pergi sekolah menengah yang sama. rasanya kami start rapat balik waktu form 4 kot .Kita orang kelas sama. Selepas itu Kami rapat sehinggalah hari ni. Alhamdulillah.





NUR SYAZANA BINTI RUSLAN

Selain itu , cehhh dah mcm karangan bahasa melayu plk..hahaha..okk Next . Syazana . I call her Yana.. Sekarang dia belajar di U yang sama dengan saya Iaitu Uitm Merbok dalam kos yang sama Business study tapi kelas tak sama. hmmm. saya kenal yana waktu form 2 kat sekolah menengah . waktu tu kitaorang mula rapat. duduk sebelah sekali. then selepas tu , kita orang kelas yang sama sampailah form 5 . jadi memang 4 tahunlah saya duk sebelah dia...hmmm...haihhhh..haha..oklah boleh dikatakan kitaorang ni ada jodoh la..haha dh la sekolah sama, kelas sama , duk sebelah tiap tiap tahun , then U sama , course sama..hmmm harap2 jangan kahwin sama waktu sudah..haha..



SITI SARAH BINTI MOHD NIZAR


kawan saya yang seterusnya sangat comel dan lawa.. Sekarang dia belajar di U yang sama UITM MERBOK . alhamdulillah , walaupon course kitaorang berlainan tapi kita masih berhubung . kadang kadang jogging dan makan sekali walaupon masing masing sibuk sekarang . kitaorang rapat waktu form 2 rasanya..dh lupa..waktu tu kami kelas sekali kot . then form 3 , sarah masuk kelas lain. kami bertemu kembali waktu form 4 . Waktu tu kami memang rapat sampai lah sekarang . ..


Itulah 4 kawan saya yang sangat comel dan cantik .Me love them so much .  Harapan saya semoga persahabatan ini kekal sehingga ke akhir hayat . Amin. 

Thursday, February 14, 2013

SARANG SARANG SARANG


                  MY HERO SUPERMAN

Ehem Ehem Ehem Assalammualikum and selamat pagi . Sekarang sudah pukul 1.28 pagi. hmmm.. tak tahulah kenapa selalunya tengah tengah malam selalu dapat idea nk berblog2 . setelah penat menulis di blog saya yg yg private tu , terasa nak berblog di sini plk . Okeyh straight to the main point . Tajuk Hari ini adalah MY HERO SUPERMAN . bukan bermaksud nk berjiwang jiwang ke apanya  cuma nak meluahkan perasaan je. hewhew. Sarang sarang sarang bermaksud Love love love..tak tau nk tulis apa..hentam jelah..hewhew

Maksud MY HERO SUPERMAN ni sememangnya semua orang tahulah kan mesti jatuh hati kat seseorang lelaki . Tapi ini bukan calang calang lelaki tau . heeeheee sorry menggatai . Laki ni sangat terkenal di Malaysia . Seriously comel , hensem dan bijak . sangat sangat sangat . Tapi apakan daya hanya bertepuk sebelah tangan je. huhu :( . haha.. baiklah , Orang yang dimaksudkan itu sememangnya buah hati saya yang dh bertahun tahun. jeng jeng jeng jeng !!!!! tittttttt




inilah dia Ladies and gentleman , introduce to you G-DRAGON !!!!!!

sejak akhir akhir ni  gd sangat popular ,ramai yang asyik tweet #np - crayon . hmmm , kita pon tweet jugak la..tapi  kita tak tiru tau , mmg tengah dengar lagu dia pon .. sebenarnya saya dh minat gd ni sejak form 4 lagi tau. cakap je lagu apa semua tau . nampak tak kesetiaan di situ , buruk jahat pon , gossip banyak pon, tak kisah . mcm orang ckp kalau dh suka bau kentut pon wangi. hahaha . bila dh dikira rasanya lama jugak 4 tahun dh kot . sekarang lagi bertambah minat la..mana taknya makin hensem . Gd ni seorang composer lagu , ahli big bang and icon fashion . Dia pakai apa pon mesti nampak hensem . :) 
nmpk tak hensem kan..Seriously pantang org mengata Gd ni . rasa nak tumbuk tumbuk..jadi jangan mengatalah yew..



Big bang in da house 


Mmglah sekarang musim k-pop , banyak kumpulan baru keluar , banyak yang hensem hensem tp buat sementara waktuh ni , gd masih di hati . haha..haihhh geliiiii...
Tak tau la awat minat sangat kat dia..hari tu waktu dia datang malaysia , teringin nak p konsert dia , tapi mak tak bagi p lagipon tiket dia mahal sangat snagt kot . Tapi sedih gila tak dapat p. Waktu golden disc awards tu pon dia ada..dia nampak sangat hensem ,hmmmm sedihnya tak boleh p :( tgk you tube je ..tiket konsert  boleh belanja kat uitm 2 bulan. tak berbaloi langsung.tak pe gd tgk gmbr pon dh jadi haha..okeyhlah . hari pon dh lewat . cukuplah merapu setakat ini . JUMPA LAGI .good night .





























Saturday, February 2, 2013

DIKIR BARAT MANDARIN 2013

HAVE FUN 



Banner for KBM1113A /B




KBM1113A

Assalammualikum dan selamat pagi . jam pon sudah menunjukkan pukul 1.01 am . dengan keadaan yang kurang sihat , gagah jugak sikit nak mengupdated blog ini . Ini adalah post yang pertama sejak masuk tahun baru 2013 ini.

Hari ini berasa nk cerita sikit pasal Dikir Barat Mandarin . Untuk sem ni kita ada ambil Subjek Mandarin . Sebenarnya boleh pilih nak ambil mandarin ataupon arab , setelah berbincang dengan mak , akhirnya ambil mandarin .Seriusly , Mandarin je monopoly assignment sem ni. Sem ni memang sibuk sangat -sangat . tak taulah nak kata macam mana , masuk kali ini dah dua kali demam.
                                     
Okeylah bersambung kat Dikir Barat tadi , pada 30 /1 .2013 telah berlangsung pertandingan dikir barat . Macam macam masalah timbul sepanjang Latihan Dikir Barat tersebut . Tapi Kami tetap teruskan walaupon dalam keadaan stress.  Kelas saya Kbm1113A telah bergabung dengan Kbm1113B . kitaorang banyak berkerjasama sepanjang latihan tersebut. Kitaorang Reka tarian , Lagu , Baju sendiri , Multimedia sendiri dan banner sendiri . 



Inilah Baju Yang Kami semua pakai


                                    With Fatin and Aimi dekat C6

Sebenarnya kami semua agak risau sebab waktu rehearsal kami punya tarian dan musik agak berterabur , Fahmi tak berapa boleh lagi nak main gendang ibu .Semua pakat cuak dan mula cari jalan penyelesaian . sebenarnya , saya agak kesian kat fahmi sebab terpaksa main gendang ibu. mesti stress sebab susah kot nak main gendang ibu . Mukanya nampak sangat cuak dan stress walaupon dia tak cakap. setiap kali musik lari dengan tarian , dia mesti jadi cuak. walaubagaimapon , dia dah cuba yang terbaik . pada malam pertandingan , dia main dengan baik sekali . Hen Hao . Terima kasih kerana sudi main gendang ibu . 



                                             Pak cik , Riz dan Fahmi


      Saya dan Fahmi  Firdaus yang sangat pemalu orangnya


Saya dan Meon  yang banyak menghiburkan awak - awak sepanjang latihan..

Perkara menarik yang saya rasa berlaku semasa dikir barat tersebut ialah sewaktu farid pemain keyboard bangun dan melompat dan mengetuk keyboard . hahaha..serius kelakar . habis melangkah orang . Mesti farid sangat stress waktu tuh , Tak pe farid buat je apa yang kamu nak. farid hen hao !! haha..selain itu , rasanya sewaktu daniel fizie naik atas pentas bagi bunga kat sherley . waktu tuh dapatlah dengar sikit sorokan daripada penonton . bila tengok balik video , wow romantik . Thanks Daniel sudi memeriahkan persembahan kami.

apapon yang berlaku malam tuh , tarian berserabut ke , muzik tak masuk ke , tarian pelik ke . seriously , saya tak kisah . Kitaorang dah cuba yang terbaik dan semua pemain muzik , awak -awak  , tukang karot , supporter , pereka tarian , pengurus pakaian dah lakukan tugas masing masing dengan baik sekali.Alhamdulillah kami menang Pakaian Terbaik . Thanks Timie n Farah sebab banyak meluangkan masa dengan pakaian .Kami tak kisah pon menang ke tak , kami cuma mahu have fun yooo..heheh.. dikir barat jugak sebenarnya banyak merapatkan hubungan kami semua . ada yang tak pernah bercakap antara satu sama lain  tiba2 bercakap .pengalaman dikir barat banyak mengubah kami semua. Thank you dikir barat . Insyallah kami kbm1113A / 3B akan kembali dengan persembahan yang lebih menarik sekali sem hadapan . insyallah . 


                                                         
                    Azim Arabiah datang menyokong .Thanks azim


With Husna . Gelak bersama , penat bersama , ketawa bersama sepanjang Latihan .  Kita duk sebelah lagi nah Teater musical sem depan :)