UNPREDICTABLE
Saturday, December 15, 2012
BERKUMPUL SEMULA
Assalammualaikum , hari ini hari sabtu , 15/12/2012 pukul 4.12 p.m terasa sunyi walaupon semua adik beradik berada di dalam rumah . Terdetik di hati ingin meluangkan masa selama berapa minit untuk mengupdate blog yang dh lama berabuk ni ha. First Sekali Hari ni Hari keempat sejak Arwah Tok meninggal. Rasanya Semua orang dah balik ke rumah masing-masing untuk meneruskan urusan harian yang telah tertangguh.
Tiba-tiba rasa nak Flashback balik waktu Mendapat Panggilan Telefon Dari Angah dengan nada yang serius , " Mira , Tok Meninggal " ,.Saya seperti berada di kawasan lain dan otak seperti ohh betul ke ni..Tiba-tiba je...
Semua orang berkumpul di rumah arwah tok pada hari itu , keadaan yang selama ini sunyi sepi walaupon hari raya tiba-tiba bising dengan kehadiran sepupu -sepupu yang masih kecil dan tidak tahu apa yang sedang berlaku.
Hati yang sayu tiba-tiba bertukar menjadi gembira kerana semuanya dapat berkumpul disitu pada hari itu. Tiba-tiba terfikir kalau Arwah Tok mesti gembira melihat keadaan rumah ini yang ceria dan dipenuhi ramai orang .Rumah itu seperti Hari Raya yang bising sana sini.
Sebenarnya , setiap kali hari raya , rumah itu sangat sunyi..mana tidaknya hanya berapa orang je yang balik raya pertama , yang lain balik raya keempat , sedih rasanya apabila tiba hari raya rumah itu tidaklah semeriah rumah orang lain,. Tapi waktu hari kematian Tok , rumah itu seperti hari raya ..Terfikir kenapalah diorang tak balik awak waktu hari raya,,tentu tok gembira. Tetapi semua itu hanya tinggal angan-angan. Alhamdulillah , Arwah tok dah selamat dikebumikan dan kenduri tahlil berjalan lancar ..
Posted by MySelf MyRa sMiLe 9.16 a.m 12:34 AM
Subscribe to:
Posts (Atom)