LIKE

Myspace text generator

Sunday, March 24, 2013

ME LOVE YOU ALL


                                     FRIENDSHIP

Assalammualaikum dan selamat malam semua. Hari ni hari minggu study week  , orang semua pakat study tapi kita berblog , bukannya apa nk habiskan masa je sebab tak boleh tidor . ehem ehem ehem ... ok Bila difikir balik sepanjang bertahun tahun berblog blog ni tak pernah sekali pon kami cerita pasal kawan baik kami kan..berasa mcm teruk sangat je kita  ni..hmmmmm..*goyang kepala* baiklah , tajuk hari ni berkisahkan tentang kawan baik saya dari dulu hingga sekarang .

Rasanya sehingga hari ni , saya ada 4 kawan baik . bila teringat balik mcm mana kitaorang berjumpa , kenangan bersama , cannot stop laughing . they are tottaly kind . me love them so much . cuma kadang2 tu ada la sometime menyakitkan hati .. hewhew ...tapi manusia tak sempurna kan , semua pernah buat kesilapan . kadang kadang daripada kesilapan tulah kita boleh dapat pengajaran . saya mengaku saya pon bukanlah baik sangat , saya juga manusia biasa yang tak sempurna . tapi yang saya tahu  me love them so much . 


baiklah kita bermula dengan si cantik yang pertama. inilah dia jeng jeng jeng jeng




HANI AFIQAH BINTI ABDUL RAZAK


Berumur 20 tahun , nama gelaran yang saya panggil Honey . Hani sekarang belajar di Kolej universiti islam antarabangsa dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. hani sebenarnya memang minat sangat dengan budak-budak sebab tulah dia sambung belajar dalam bidang tu . rasanya kali pertama saya jumpa hani pon waku kami budak budak lagi..orang kata apa berhingus lagi ha..haha..waktu tu kami berdua umur 6 tahun. masih tadika lagi dong . alhamdulillah dah 14 tahun dan kami masih berkawan. syukur sangat sangat





                                        HASNI BINTI HANAFI 

Seterusnya , hmmmmmmmm...Her name is Hasni Binti Hanafi . kami panggil dia Sni . senang sikit..huhu..sekarang dia belajar di KPTM Kuala Lumpur dalam Sains Komputer. First time kami jumpa waktu tu di sekolah rendah . Kelas sekali kot , dah lupa. kami rapat jugaklah waktu tuh . then dia kena pindah PERLIS .  bila dia balik semula kat sini kami dah tak berapa rapat . maklumlah kelas pon dah lain lain . then kami pergi sekolah menengah yang sama. rasanya kami start rapat balik waktu form 4 kot .Kita orang kelas sama. Selepas itu Kami rapat sehinggalah hari ni. Alhamdulillah.





NUR SYAZANA BINTI RUSLAN

Selain itu , cehhh dah mcm karangan bahasa melayu plk..hahaha..okk Next . Syazana . I call her Yana.. Sekarang dia belajar di U yang sama dengan saya Iaitu Uitm Merbok dalam kos yang sama Business study tapi kelas tak sama. hmmm. saya kenal yana waktu form 2 kat sekolah menengah . waktu tu kitaorang mula rapat. duduk sebelah sekali. then selepas tu , kita orang kelas yang sama sampailah form 5 . jadi memang 4 tahunlah saya duk sebelah dia...hmmm...haihhhh..haha..oklah boleh dikatakan kitaorang ni ada jodoh la..haha dh la sekolah sama, kelas sama , duk sebelah tiap tiap tahun , then U sama , course sama..hmmm harap2 jangan kahwin sama waktu sudah..haha..



SITI SARAH BINTI MOHD NIZAR


kawan saya yang seterusnya sangat comel dan lawa.. Sekarang dia belajar di U yang sama UITM MERBOK . alhamdulillah , walaupon course kitaorang berlainan tapi kita masih berhubung . kadang kadang jogging dan makan sekali walaupon masing masing sibuk sekarang . kitaorang rapat waktu form 2 rasanya..dh lupa..waktu tu kami kelas sekali kot . then form 3 , sarah masuk kelas lain. kami bertemu kembali waktu form 4 . Waktu tu kami memang rapat sampai lah sekarang . ..


Itulah 4 kawan saya yang sangat comel dan cantik .Me love them so much .  Harapan saya semoga persahabatan ini kekal sehingga ke akhir hayat . Amin. 

Thursday, February 14, 2013

SARANG SARANG SARANG


                  MY HERO SUPERMAN

Ehem Ehem Ehem Assalammualikum and selamat pagi . Sekarang sudah pukul 1.28 pagi. hmmm.. tak tahulah kenapa selalunya tengah tengah malam selalu dapat idea nk berblog2 . setelah penat menulis di blog saya yg yg private tu , terasa nak berblog di sini plk . Okeyh straight to the main point . Tajuk Hari ini adalah MY HERO SUPERMAN . bukan bermaksud nk berjiwang jiwang ke apanya  cuma nak meluahkan perasaan je. hewhew. Sarang sarang sarang bermaksud Love love love..tak tau nk tulis apa..hentam jelah..hewhew

Maksud MY HERO SUPERMAN ni sememangnya semua orang tahulah kan mesti jatuh hati kat seseorang lelaki . Tapi ini bukan calang calang lelaki tau . heeeheee sorry menggatai . Laki ni sangat terkenal di Malaysia . Seriously comel , hensem dan bijak . sangat sangat sangat . Tapi apakan daya hanya bertepuk sebelah tangan je. huhu :( . haha.. baiklah , Orang yang dimaksudkan itu sememangnya buah hati saya yang dh bertahun tahun. jeng jeng jeng jeng !!!!! tittttttt




inilah dia Ladies and gentleman , introduce to you G-DRAGON !!!!!!

sejak akhir akhir ni  gd sangat popular ,ramai yang asyik tweet #np - crayon . hmmm , kita pon tweet jugak la..tapi  kita tak tiru tau , mmg tengah dengar lagu dia pon .. sebenarnya saya dh minat gd ni sejak form 4 lagi tau. cakap je lagu apa semua tau . nampak tak kesetiaan di situ , buruk jahat pon , gossip banyak pon, tak kisah . mcm orang ckp kalau dh suka bau kentut pon wangi. hahaha . bila dh dikira rasanya lama jugak 4 tahun dh kot . sekarang lagi bertambah minat la..mana taknya makin hensem . Gd ni seorang composer lagu , ahli big bang and icon fashion . Dia pakai apa pon mesti nampak hensem . :) 
nmpk tak hensem kan..Seriously pantang org mengata Gd ni . rasa nak tumbuk tumbuk..jadi jangan mengatalah yew..



Big bang in da house 


Mmglah sekarang musim k-pop , banyak kumpulan baru keluar , banyak yang hensem hensem tp buat sementara waktuh ni , gd masih di hati . haha..haihhh geliiiii...
Tak tau la awat minat sangat kat dia..hari tu waktu dia datang malaysia , teringin nak p konsert dia , tapi mak tak bagi p lagipon tiket dia mahal sangat snagt kot . Tapi sedih gila tak dapat p. Waktu golden disc awards tu pon dia ada..dia nampak sangat hensem ,hmmmm sedihnya tak boleh p :( tgk you tube je ..tiket konsert  boleh belanja kat uitm 2 bulan. tak berbaloi langsung.tak pe gd tgk gmbr pon dh jadi haha..okeyhlah . hari pon dh lewat . cukuplah merapu setakat ini . JUMPA LAGI .good night .





























Saturday, February 2, 2013

DIKIR BARAT MANDARIN 2013

HAVE FUN 



Banner for KBM1113A /B




KBM1113A

Assalammualikum dan selamat pagi . jam pon sudah menunjukkan pukul 1.01 am . dengan keadaan yang kurang sihat , gagah jugak sikit nak mengupdated blog ini . Ini adalah post yang pertama sejak masuk tahun baru 2013 ini.

Hari ini berasa nk cerita sikit pasal Dikir Barat Mandarin . Untuk sem ni kita ada ambil Subjek Mandarin . Sebenarnya boleh pilih nak ambil mandarin ataupon arab , setelah berbincang dengan mak , akhirnya ambil mandarin .Seriusly , Mandarin je monopoly assignment sem ni. Sem ni memang sibuk sangat -sangat . tak taulah nak kata macam mana , masuk kali ini dah dua kali demam.
                                     
Okeylah bersambung kat Dikir Barat tadi , pada 30 /1 .2013 telah berlangsung pertandingan dikir barat . Macam macam masalah timbul sepanjang Latihan Dikir Barat tersebut . Tapi Kami tetap teruskan walaupon dalam keadaan stress.  Kelas saya Kbm1113A telah bergabung dengan Kbm1113B . kitaorang banyak berkerjasama sepanjang latihan tersebut. Kitaorang Reka tarian , Lagu , Baju sendiri , Multimedia sendiri dan banner sendiri . 



Inilah Baju Yang Kami semua pakai


                                    With Fatin and Aimi dekat C6

Sebenarnya kami semua agak risau sebab waktu rehearsal kami punya tarian dan musik agak berterabur , Fahmi tak berapa boleh lagi nak main gendang ibu .Semua pakat cuak dan mula cari jalan penyelesaian . sebenarnya , saya agak kesian kat fahmi sebab terpaksa main gendang ibu. mesti stress sebab susah kot nak main gendang ibu . Mukanya nampak sangat cuak dan stress walaupon dia tak cakap. setiap kali musik lari dengan tarian , dia mesti jadi cuak. walaubagaimapon , dia dah cuba yang terbaik . pada malam pertandingan , dia main dengan baik sekali . Hen Hao . Terima kasih kerana sudi main gendang ibu . 



                                             Pak cik , Riz dan Fahmi


      Saya dan Fahmi  Firdaus yang sangat pemalu orangnya


Saya dan Meon  yang banyak menghiburkan awak - awak sepanjang latihan..

Perkara menarik yang saya rasa berlaku semasa dikir barat tersebut ialah sewaktu farid pemain keyboard bangun dan melompat dan mengetuk keyboard . hahaha..serius kelakar . habis melangkah orang . Mesti farid sangat stress waktu tuh , Tak pe farid buat je apa yang kamu nak. farid hen hao !! haha..selain itu , rasanya sewaktu daniel fizie naik atas pentas bagi bunga kat sherley . waktu tuh dapatlah dengar sikit sorokan daripada penonton . bila tengok balik video , wow romantik . Thanks Daniel sudi memeriahkan persembahan kami.

apapon yang berlaku malam tuh , tarian berserabut ke , muzik tak masuk ke , tarian pelik ke . seriously , saya tak kisah . Kitaorang dah cuba yang terbaik dan semua pemain muzik , awak -awak  , tukang karot , supporter , pereka tarian , pengurus pakaian dah lakukan tugas masing masing dengan baik sekali.Alhamdulillah kami menang Pakaian Terbaik . Thanks Timie n Farah sebab banyak meluangkan masa dengan pakaian .Kami tak kisah pon menang ke tak , kami cuma mahu have fun yooo..heheh.. dikir barat jugak sebenarnya banyak merapatkan hubungan kami semua . ada yang tak pernah bercakap antara satu sama lain  tiba2 bercakap .pengalaman dikir barat banyak mengubah kami semua. Thank you dikir barat . Insyallah kami kbm1113A / 3B akan kembali dengan persembahan yang lebih menarik sekali sem hadapan . insyallah . 


                                                         
                    Azim Arabiah datang menyokong .Thanks azim


With Husna . Gelak bersama , penat bersama , ketawa bersama sepanjang Latihan .  Kita duk sebelah lagi nah Teater musical sem depan :)







Saturday, December 15, 2012

BERKUMPUL SEMULA


                                       UNPREDICTABLE


Assalammualaikum , hari ini hari sabtu , 15/12/2012 pukul 4.12 p.m  terasa sunyi walaupon semua adik beradik berada di dalam rumah . Terdetik di hati ingin meluangkan masa selama berapa minit untuk mengupdate blog yang dh lama berabuk ni ha. First Sekali Hari ni Hari keempat sejak Arwah Tok meninggal. Rasanya Semua orang dah balik ke rumah masing-masing untuk meneruskan urusan harian yang telah tertangguh.
      

        Tiba-tiba rasa nak Flashback balik waktu Mendapat Panggilan Telefon Dari Angah dengan nada yang serius , " Mira , Tok Meninggal " ,.Saya seperti berada di kawasan lain dan otak seperti ohh betul ke ni..Tiba-tiba je...
     

      Semua orang berkumpul di rumah arwah tok pada hari itu , keadaan yang selama ini sunyi sepi walaupon hari raya tiba-tiba bising dengan kehadiran sepupu -sepupu yang masih kecil dan tidak tahu apa yang sedang berlaku.
      

       Hati yang sayu tiba-tiba bertukar menjadi gembira kerana semuanya dapat berkumpul disitu pada hari itu. Tiba-tiba terfikir kalau  Arwah Tok mesti gembira melihat keadaan rumah ini yang ceria dan dipenuhi ramai orang .Rumah itu seperti Hari Raya yang bising sana sini.
    

        Sebenarnya , setiap kali hari raya , rumah itu sangat sunyi..mana tidaknya hanya berapa orang je yang balik raya pertama , yang lain balik raya keempat , sedih rasanya apabila tiba hari raya rumah itu tidaklah semeriah  rumah orang lain,. Tapi waktu hari kematian Tok , rumah itu seperti hari raya ..Terfikir kenapalah diorang tak balik awak waktu hari raya,,tentu tok gembira. Tetapi semua itu hanya tinggal angan-angan. Alhamdulillah , Arwah tok dah selamat dikebumikan dan kenduri tahlil berjalan lancar ..
    

         Sebenarnya rasa agak gembira waktu pulang ke kampung pada hari itu , kerana semua sanak-saudara berkumpul .Cerita yang dah bertahun-tahun berlaku dibukak pada hari itu.mana tidakkanya dah lama tak berjumpa. , saling tolong-menolong ketika memasak , cuci pinggan beramai-ramai..bunyi ketawa dimana-mana saja..Kematian arwah tok seperti menyatukan semua orang yang sudah lama tidak berjumpa..hmmm apakan daya , rasanya selepas ini , mesti dah tak dapat berkumpul mcm ni lagi..okeyhlahh , saya tutup cerita hari ini dengan lafaz bismillahirrohmanirohim dan assalammualikum..

Wednesday, August 8, 2012

CITA - CITA SEMASA KECIL

Cita- Cita - Seorang Polis yang Berjaya

Alhamdulillah , Hari ni terasa nak berblog2 plk..x tahu kenapa rasa semacam saja...hari ini 8/8/2012 hari rabu pukul 11.31 pm tiba2 datang satu perasaan dan memori lama dimana pernah suatu ketika dulu saya pernah berazam untuk menjadi seorang polis yang berjaya.. cita2 datang selepas saya menonton satu drama hong kong yang bertajuk THE ACADEMY 

MY HERO N HEROIN

Drama ni keluar pada 2005 waktu tuh umur 13 tahun..cerita ni memang best dan sangat popular pada waktu itu.Hero2 dia pon mmg hensem..yang penting adalah kcekalan diorang berlatih untuk mencapai cita- cita diorang untuk menjadi seorang polis..dan akhirnya menjadi seorang pelatih dan polis yang berjaya..apa bial cerita ini berakhir keluar plk cerita penyiasatan yg bertajuk D.I.E






cerita ni pasal penyiasatan .. seorang polis menjalankan penyiasatan berdasarkan imaginasi beliau...memang best sangat2.. cerita ini menunjukkan kita perlu menggunakan otak dan akal yang diberi untuk menyelesikan masalah dan bukannya hanya berharap masalah itu selesai dengan sendiri..

sebenarnya banyak lagi cerita polis yang saya suka tengok..tetapi hanya beberapa drama saja yang saya ingat..walaupon cita2 untuk menjadi seorang polis tidak kesampaian tetapi moral value yang terdapat dlm cerita ini mendorong saya untuk lebih berjaya pada masa akan datang..cita2 untuk menjadi seorang polis itu masih kuat tetapi apakn daya tidak diizinkan tuhan untuk menyertai pasukan polis,,,,semoga saya bakal menghabiskan diploma in bussiness studies dengan jayanya..amin.


Friday, May 4, 2012

KeHiDuPan DeNgAn SeOrAng Ibu !!

KENAPA IBU MEMARAHI ANAKNYA ??? (FAKTA)

.....ASSALAMMUALAIKUM...

Alhamdulillah hari ni dapat idea nk berblog2 plk..hihi..Okeyh hari ni saya nak bercerita tentang fakta hidup dengan seorang ibu..Mungkin anda tertanya2 apakah itu yew..okeyh sekarang saya tanya anda pernah tak kena marah dengan ibu ?? kenapa?? apa sebabnya ?? haha itula.mungkin sebab2 yang akan saya rungkaikan ini boleh mengembalikan ingatan anda..mari kita mulakan..

FAKTA !!

1)   Bangun Lambat
2)   Malas kemas rumah
3)   Tidak Mahu Belajar Memasak
4)   Main Video Game
5)   Main Internet berjam2 ( Facebook , Twitter ,Blog )
6)   Melawan Cakap 
7)   Tak Nak Pergi Surau
8)   Tak nak Solat
9)   Tak Nak Baca Buku
10) Tak Kemas Katil lepas Bangun
11)  Gemuk dan tak nak menguruskan badan
12)  Makan Banyak 
13)  Tidak Melayan Tetamu
14)  Balik Rumah Lewat
15)  Suka Minum Teh Kedai Belakang
16)  Sebut Perkataan Yang Tidak Senonoh
17)  Menonton Televisyen Terlalu Banyak
18)  Buang Sampah Merata-rata
19)  Malas Mandi
20)  Bergaul Dengan Orang Yang Tidak Senonoh
21)  Letak Laptop Merata -rata
22)  Balik Sekolah Lambat
23)  Tidak Pergi Tuisyen
24)  Asyik Minta Duit
25)  Tidak Reti Menabung
26)  Hisap Rokok/ Dadah
27)  Pukul Orang
28)  Tidak Menjaga Penampilan
29 ) Keluar Sampai Lewat Malam
30 ) Ada Boyfriend


Itulah antara sebab2 yang dapat saya rungkaikan..haha..dah kembali ingatan bagus2 !!...Sebenarnya saya dapat idea ni pon sebab baru lepas kena marah ngan mak..haha..sebabnya ada kat atas tuh..tekalah,,,tapi x lah semua tuh..ada sikit2 jew...Tetapi ada sebab kenapa ibu itu memarahi anaknya..mestilah kerana mhu anaknya menjadi seorang yang lebih berguna pada masa hadapan..RENUNG2KANLAH...tidak elok bermasam muka dengan ibu anda hanya kerana dimarahi..fikirkanlah balik pengorbanan yang telah ibu anda lakukan seblelum ini yew..Okeylah kalau ada yang nak tambah2 boleh jew..tulis comment kat bawah ni ek..sampai sini je ek..jumpa lagi di post yang seterusnya..

ASSALAMMUALAIKUM ... :)

Thursday, May 3, 2012

BORONG TUDUNG

TUDUNG BAWAL TONES

TUDUNG BAWAL POLKADOT









TUDUNG BAWAL 4 TONES








Assalammualaikum...hari ni kita akan bercerita tentang tudung...tudung kat atas tuh tudung yang saya beli untul raya nih( raya la sgt 6t beli lagi)...Colour2 nya memag cantik..sakit mata memandang...hari ni saya x nak cerita panjang lebar..just nak show tudung baru (hehe over betul) baeklahhhh...

HARGA

TUDUNG POLKADOT           : RM 40

TUDUNG BAWAL 4 TONES : RM 18 / 16

Kualiti tudung nih memang tinggi,...BAWAL JEPUN & MUDAH DIBENTUK, ADA BERBAGAI COLOUR..

sapa yang berminat tuh boleh je e-mail saya @ comment kat bwh..insyallah..saya boleh tolong beli untuk anda dan insyallah boleh dpt harga yang lebih murah.. kalau beli lebih daripada 5 helai insyallah dapat murah...tudung ala aidijuma gitu..hihi...jumpa lagi...Assalammualaikum !!!